Wednesday, 24 October 2012

Puasa Sunat Arafah

Esok da 9 Zulhijjah 1433H da...luse da umat Islam menyambut Hari Raya Qurban..! so those yg tidak berpeluang menunaikan haji / umrah, jom kite pakat pose sunat Arafah sok sama2...! banyak fadhilatnya tau!! 

Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).
So, selamat beramal!! ;)

*** owh, lupe lak...sok 9 zulhijjah kn..kebetulan my beloved hero anas rahimi is turned to 2 years!! selamat ari lahir anakku syg...semoga menjadi ank yg soleh hendaknya...;)

Tuesday, 25 September 2012

Preloved Items To Let Go. . .

Slm...hola, ai uolss...! ni some of clothes dat i wanna let go....sumer murah2 ajer....free postage lak tuh....jom pe lagi...jomla rembat satu!! hihihi.... ;)



Lengannya cantik...suke ade getah kt hujung pergelangan.... ;)




abaya blue colour... ade sulam2...










Abaya purple colour...still new..;)


Abaya white colour...Maggan de Toi : Size: M..sulam perak...cantik2... sesuai tuk dipakai di majlis mn2 pun...


Kemeja Nicole Mnj ; Size: M..gud condition...;)






Kemeja Cream..Antenna ; Size: S.... sesuai digayakan di mana2 shj..ke kuliah,opis,kasual..



Kemeja cream ni labuh skit...baru 2x pakai..hihi... RootsTuff; Size: L...


Kemeja Blue..Square; Size: S...elegan...;)



Kemeja Turqoise...Primadona....nice..;)


Kemeja Dark Red.. XX By Mexx;  Freesize n stretchable...











T-shirt Long Sleeve...ni cutting yer kecik skit...mayb for S or M size..

Seluar stretchable



All items above are ready to sold...material pun ok jek...kain sejuk sumer...so those interested, plz pm me via emel : syumul11@gmail.com or sms to 019-9831507...k....NO RETURNABLE ONCE U HAVE MADE PAYMENT N SHIPMENT....OKEH!! K clamat bercuci mata!! order jgn x order....tawaran hanya 1x shj.. murah2 aje pun!! ;) Kikiki...

Sunday, 26 August 2012

1st day @ opis..

keJe oh Keje...!

ai pagi td ser cm mls nk bngun pg...tp sbb try +re kn diri, +re kan minda,trus bingkas bangun dr dibuai mimpi indah!!!

So, p la opis dgn semangat ari raya lgi...hehehe... (^_^)

Slm ari rya dr kami sefamili...10s sudi jengah blog xseberapa nie...lau ade salah silap,hrp dimaafi...;)


Monday, 23 July 2012

Petua Perubatan Islam - Khasiat Garam. . .



Dalam hadis Nabi ada disebutkan tentang garam. "Garam penghulu kepada lauk-pauk." Betapa garam asalnya dari laut, apabila disejatkan menghasilkan kristal garam. Unsur tanah terdapat di dalamnya kerana dasar laut juga adalah tanah. Sebab itu garam juga diperoleh dari bukit dan dikenal sebagai garam bukit.

Kegunaan GARAM :

1. Membuang busuk ikan. Ikan apabila sudah lama terdedah di darat akan menjadi busuk. Untuk menghilangkan hanyir ini, ikan diredam dalam air garam.

2. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

3. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

4. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

5. Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

6. Merawat mabuk perjalanan. Sesetengah orang akan mengalami mabuk perjalanan setelah melepasi tempoh tertentu. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan diminum sebelum memulakan permusafiran.

7. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

8. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

9. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

10. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dijampi dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

11. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

12. Mengelak panahan iblis bagi lelaki yang beristeri kerana bekerja di kawasan hutan. Petua Melayu tradisional apabila ke hutan mereka akan terserempak dengan jin yang menjelma sebagai perempuan bogel di sungai. Akibatnya mereka teringat-ingat kepada jelmaan makhluk itu sehingga mengabaikan isterinya. Cara mengatasinya sama seperti yang dinyatakan dalam ( No. 10 ).

13. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir) cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dijampi dengan al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

~Cara perubatan islam yang lain (nabi ayub a.s).. Masukan garam kasar segenggam ke dalam baldi dan di campurkan ais kemudian baca al fatihah 1x, selawat nabi 71x dan rendam kaki cukup sekadar buku lali selama 15 minit.. Kalau ditakdirkan Allaj swt, kita dapat lihat bisa seperti kaca.. Cara ini Utk membuang bisa santau..

~garam bukit dapat mengurangkan masalah gastrik dan kembung perut. ambil secubit garam bukit tapi bukan garam laut dan campur segelas air dan minum sebelum makan. insyaAllah mujarab.! 

Saturday, 21 July 2012

SaLam Ramadhan 1433H

Ramadhan menjelma lagi....di kesempatan ini, inginku mengucapkan selamat berpuasa, bertarawih dan selamat beramal ibadah untuk semua rakan bloggersku, pengunjung setiaku, kengkawan n sanak saudaraku yg mengenali diri ini.... Semoga Ramadhan kali ini memberi 1001 makna buat kite semua.... ;)








                                                                                                                            ikhlas dari kami ;
                                                                                                                               ~ feNdieyLaNas~

Friday, 6 April 2012

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA..!





Jari telunjuk : usus

Jari tengah : Jantung

Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

Tuesday, 3 January 2012

ePi New Year @ 2012.!!!

Selamat Tahun Baru 2012 ieyLa ucapkan buat penginjung setia blog x seberapa ini dan juga tuk rakan2 blogger yg lain....sori lambat wish cz ada masalah teknikal sdikit sewaktu cobaan tuk post entri baru2 ini...segala kesulitan amatlah dikesali...huhu...papepun, moga tahun baru ini memberi 1001 sinar baru,nafas baru,semangat baru n sumber inspirasi+aspirasi baru tuk kita meneruskan hidup kita semua dengan lebih tabah dan cekal serta penuh bersemangat berbekalkan azam baru tuk m'harungi segala pancaroba yg penuh mencabar ini...... ;) 


Friends,


SMiLE-it makes U look nice!
PRAY-it makes U stronger!
GIVE-it makes U richer!
LOVE-it makes U know life!



No regret about the past
No fear about the future
New hopes & dreams in 2012
Thankful to God for His blessings in 2012
Happy New Year !!

p/s~ beribu kemaafan dipohon andaikata sepanjang b'blogging nie,ade salah silap t'kasar bicara kata penulisanku.....akhir kata,epi new year 2012+salam maal hijrah 1433H buat semua...
ikhlas dari kami: ~ fendieyLaNas 4-eva...~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...